Sunday, February 3, 2019

TEKNIK PENYAMPAIAN BERKESAN

TEKNIK PENYAMPAIAN BERKESAN

KUALITI DAN KARISMA PENYAMPAI

Karisma Penyampai Yang Baik

Air Muka
  • Menyenangkan (pleasant)
  • Pertembungan mata (eye contact)
  • Memberi senyuman dan ekspresi serius selari dengan persembahan
Pakaian
  • Kemas dan ringkas
  • Sepadan dengan audien dan majlis
  • Mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Awam
Postur
  • Berdiri/duduk dengan tegak tetapi relaks
  • Menggunakan tangan dengan bersahaja/natural
Latihan
  • Lakukan latihan sekurang-kurangnya 3 kali sebelum persembahan sebenar
  • Latihan pertama dan kedua :
    – Untuk memperkemaskan teks dan gaya
    – Untuk tambah bahan baharu
    – Untuk biasakan dengan visual aids
  • Latihan kali ketiga :
    – Lakukan raptai penuh dengan ‘dress rehersal’
    terutama untuk majlis rasmi, penting dan
    melibatkan ramai audien
    – Bertindak dengan yakin dan tenang
    – Atur kertas nota dengan baik di atas rostrum
Posisi
  • Untuk kelihatan kurang formal dan lebih mesra audien, berdiri di sisi atau jauh dari rostrum
  • Jika perlu menulis sesuatu, elakkan daripada selalu membelakangi audien
  • Jika tiada sesi soal jawab selepas persembahan, kumpulkan nota-nota dan kembali ke tempat duduk dengan yakin.
Penghafalan
  • Elakkan membaca teks kecuali pengacaraan  majlis
Sebutan
  • Sebutan yang jelas dan betul dengan mengggerakkan bibir dan rahang
Suara
  • Kelantangan (volume)
  • Intonasi/irama (inotation/rythm)
  • Nada (pitch)
  • Kelajuan (speed)
  • Jeda (pause)
  • Sebutan (Pronounciation)
  • Ulangan (Repitition)
Bahasa
  • Penguasaan sesuau bahasa yang baik
  • Susunan bahasa yang mudah dan jelas
  • Penggunaan tatabahasa yang baik
Sifat
  • Berpengetahuan :
    –  Menguasai bidang
    –  Berpengetahuan luas
    –  Peka kepada tajuk
  • Berkemahiran berucap
    –  Berkeupayaan mengawal dan menarik perhatian/minat audien
    –  Transisi antara setiap isi penting adalah jelas dan lancar
Berkeyakinan
  • Yakin terhadap diri, persediaan dan penguasaan topik
  • Mahir dan berpengalaman terhadap tajuk yang disampaikan
Peribadi/perwatakan baik
  • Penilaian audien terhadap kredibiliti penyampai melalui cara berpakaian, gerak geri fizikaldan kepelbagaian intonasi dan vokal.

BRAINSTORMING

BRAINSTORMING
SUMBANG SARAN (BRAINSTORMING) 

Bagi menggalakan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan ahli, kaedah sumbangsaran boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Asas kepada sumbangsaran ialah mengasingkan proses penghasilan idea daripada proses penilaian. Aktiviti perlaksanaan sumbangsaran ini perlu dijalankan dengan memfokuskan kepada kuantiti idea-idea baru dan saranan-saranan yang telah disampaikan melalui interaksi sesama pelajar/pekerja/individu.


Definisi Sumbangsaran
Kaedah sumbangsaran ini juga dikenali sebagai Brainstroming, Perah Otak, Pecah Minda dan Percambahan Fikiran. Walaupun berbagai istilah dalam bahasa diterjemahkan, namun ia tetap merujuk kepada perkara yang sama dan tidak pernah mengubah kandungan pengertiannya. Perah otak ini adalah kaedah yang paling popular digunakan dalam teknik kreatif secara berkumpulan.

Unsur-unsur kreativiti adalah merupakan elemen yang utama kepada teknik perbincangan yang dikenali sebagai kaedah sumbangsaran. Pengasasnya ialah Alex Osborn dan kaedah ini wujud pada awal tahun 1930an kemudian diperkenalkan pada umum secara rasmi pada tahun 1953 melalui bukunya berjudul ‘Applied Imagination’.

Menurut Rowlinson (1981) di dalam Mohd. Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim & Muhammed Fauzi Othman (2005) mentakrifkan kaedah sumbangsaran adalah satu pendekatan yang digunakan semasa aktiviti perbincangan dalam satu kumpulan untuk mendapatkan seberapa banyak idea dalam masa yang singkat.

Bagi menggalakkan dan merangsangkan pertumbuhan pemikiran kreatif di kalangan pekerja, maka kaedah sumbangsaran adalah di antara kaedah yang berkesan boleh dipraktikkan. Asas kepada kaedah sumbangsaran adalah proses pengasingan penghasilan idea daripada menilai. Aktiviti-aktiviti dalam kaedah ini perlulah ditekankan kepada jumlah idea-idea dan saranan yang perlu disampaikan kepada pelajar melalui interaksi di kalangan mereka.

Semasa kaedah sumbangsaran dijalankan, pengerusi perlulah bijak melaksanakan dan mengendalikannya agar tiada pekerja yang terlepas dari melibatkan diri mereka. Ini bertujuan untuk menggalakan proses kreativiti berlaku di samping meningkatkan lagi keyakinan pada diri mereka. Pengawalan sesi sumbangsaran yang sempurna juga akan dapat memastikan agar semua idea dan penyelesaian masalah yang dibangkit dan dikemukakan oleh seseorang pelajar itu, tidak akan terbantut. Kadang-kadang penyelesaian masalah yang diberikan mungkin tidak logik.

Manakala proses penilaian, perbincangan dan kritikan perlu dikemudiankan. Ini bertujuan agar keseluruhan sesi sumbangsaran dapat berjalan dengan lancar. Kecenderungan pengerusi untuk membuat penilaian bagi melihat sejauh mana keberkesanan sesi sumbangsaran yang dilaksanakan sama ada ianya berjaya atau sebaliknya boleh mengganggu keseluruhan sesi ini.

Prinsip Asas Sumbangsaran
Kaedah Sumbangsaran adalah satu sesi perbincangan yang melibatkan satu kumpulan individu. Ketika sesi ini berlaku, penilaian perlu dielakkan bagi memastikan wujud satu suasana yang lebih produktif. Perkara ini dilakukan dengan cara, setiap ahli kumpulan diberikan peluang dan masa untuk mengemukakan sebarang idea. Idea-idea yang diberikan tidak boleh dikritik dan dinilai oleh ahli dalam kumpulannya.

Bersandarkan pada amalan-amalan dan definisi yang dinyatakan oleh Rowlinson, beliau menjelaskan kepada kita bahawa kaedah sumbangsaran mengandungi enam prinsip yang utama :

(a) Semua ahli yang terlibat dalam sesuatu sesi sumbangsaran itu hendaklah mengemukakan penilaian yang hendak dibuat pada suatu idea. Ini bermaksud, setiap daripada seorang ahli tidak boleh mengkritik idea-idea yang di kemukakan oleh ahli-ahli yang lain.

(b) Tujuan akhir yang hendak diperolehi oleh di dalam sesuatu sesi sumbangsaran itu adalah untuk mendapatkan seberapa banyak kuantiti idea yang dibincangkan. Semakin banyak idea yang dihasilkan, semakin banyak pilihan idea yang boleh difikirkan oleh setiap ahli kumpulan itu. Setiap ahli kumpulan amat digalakkan memberikan idea.

(c) Setiap ahli kumpulan juga digalakkan berfikir secara bebas dengan menggunakan segala imaginasi yang ada pada diri mereka.

(d) Semua idea-idea yang dihasilkan boleh digabung, diubahsuai, dikembangkan dan dibaiki bagi mendapat satu keputusan dan jalan penyelesaian yang terbaik.

(e) Jangka masa yang sesuai bagi sesuatu sesi sumbangsaran yang berkesan adalah antara 15 minit hingga 30 minit. Lebih lama masa yang digunakan untuk sesuatu sesi sumbangsaran itu, suasanan sesi berkenaan akan menjadi hambar dan ahli-ahlinya menjadi bosan serta letih. Ini secara tidak langsung mengakibatkan sesi sumbangsaran berkenaan tidak akan mencapai objektif yang disasarkan.

(f) Aktiviti ini hendaklah dijalankan secara berkumpulan. Untuk sesi sumbangsaran yang baik ahli-ahli kumpulan tidak melebihi daripada lima belas orang. Sekiranya satu sesi sumbangsaran itu mempunyai ahli yang lebih daripada lima belas orang ianya akan menjadi satu sesi yang tidak terkawal.

Matlamat Sumbangsaran
Matlamat utama sumbangsaran adalah untuk menerbitkan idea sangat bernilai tanpa batasan yang dianggap logik dalam suasana yang tenang dan menghiburkan.

Di samping itu juga idea-idea daripada ahli kumpulan akan dapat menyelesaikan permasalahan yang selama ini tidak ditemui jalan penyelesaiannya. Pekara yang paling penting dalam aktiviti sumbangsaran adalah mencari dan membangunkan idea-idea yang berkualiti berdasarkan pada idea-idea yang di terbitkan dan dikemukakan oleh ahli kumpulan.

Refleksi:
Walaupun matlamat utama sumbangsaran adalah untuk menerbitkan sebanyak yang mungkin idea-idea dalam jangka masa yang singkat, namun begitu idea-idea yang pelbagai ini perlul diperam, dikembangkan, dibaiki dan digabungkan dengan idea-idea yang lain supaya menjadi lebih praktikal, ekonomi dan berkesan untuk dilaksanakan.

Cara Print

Cara mencetak dokumen di microsoft word - print out
Mencetak dokumen yang berada dalam lembar kerja microsoft word sangat mudah dilakukan, akan tetapi bagi para pengguna komputer yang masih baru sangat sulit untuk dilakukan dan sangat membingungkan. Akan tetapi jika kita sudah mempunyai ilmunya semua akan terasa mudah, kita tinggal melakukan beberapa klik untuk mencetak dokumen ke dalam lembar kertas yang sudah disediakan.

Mencetak dokumen bertujuan untuk membuat arsip dalam bentuk hard copy sehingga komputer mengalami masalah, maka kita masih mempunyai hasil cetakan dari kerjaan kita. Atau juga juga digunakan untuk mencetak hasil kerja kita dalam bentuk lembar kertas.

Sebelum anda mencetak dokumen langkah yang harus anda lakukan adalah menginstall driver printer yang sesuai dengan yang kita gunakan. Selanjutnya untuk mencetak dokumen pada microsoft word, ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Buka lembar kerja ms word yang akan dicetak
  2. Selanjutnya klik office button pada pada bagian pojok kiri atas sehingga akan muncul popup menu, kemudian pilih pint. atau untuk cara lebih cepat klik CTRL + P untuk mencetak dokumen.
  3. Langkah selanjutnya akan muncul jendela print. Pada jendela ini akan ada beberapa pilihan dan konfigurasi yang harus dilakukan sebelum mencetak dokumen.
  4. pada pilihan printer name : terdapat pilihan printer yang akan digunakan untuk mencetak lembar kerja, pada pilihan ini sesuaikan dengan printer yang sedang anda gunakan dan sedang menancap pada komputer anda.
  5. Page range adalah pilihan untuk mencetak dokumen yang meliputi: all yang artinya jika kita memilih pilihan ini maka semua dokumen yang ada pada lembar kerja akan dicetak secara keseluruhan. Current page yaitu pilihan dimana kita akan mencetak dokumen yang kita pilih saja, artinya dokumen yang dicetak adalah dokumen dimana pointer mouse diletakkan. Pages berfungsi untuk mencetak dokumen sesuai dengan halaman yang dipilih.
  6. Selanjutnya ada pilihan copies, pada menu ini adalah pengaturan untuk mengatur jumlah copian yang akan dicetak.
  7. Selanjtnya klik OK
Catatan:
  • Sebelum mencetak dokumen, atur terlebih dahulu ukuran kertas pada lembar kerja ms word anda.
  • Sesuaikan pengaturan kertas (page layout) dengan kertas yang anda gunakan
  • Jika anda mencetak dokumen dengan jumlah halaman yang sangat banyak, disarankan untuk menggunakan perintah page dan cetaklah dokumen sedikit demi sedikit. Misalkan 10 sampai dengan 15 lembar tiap 1x mencetak.
  • Jika anda sudah mencetak dengan jumlah yang banyak, lakukan cleaning pada printer.
  • Semoga artikel sederhana ini bisa bermanfaat ...

Sila klik di bawah untuk melihat cara print


Cara Save ke Format PDF.



Cara Menulis Laporan Menggunakan Program Word

Cara Menggunakan Word:-

Microsoft word adalah satu program yang digunakan untuk menulis laporan. Sila klik video di bawan untum melihat cara menggunakannya.

Lihat Video di bawah:-